Saturday, January 17, 2009

Gadis Melayu...

Habis dah Gadis Melayu....pemenangnya boleh tahan...sweet mukanya...daripada 5 finalis si Aida ni yang menang....

Komen:
aku dari start rancangan ni aku tak pernah nak tgk...sebab entah aku rasa macam program ni satu lagi program realiti yang tak berfaedah....tapi mak aku yg selalu tgk...selalu berebut....aku nak tgk movie...atau cerita lain...tapi sebab org tua nak tgk..takpela biarkan...aku tak tgk pun...aku terus kuar rumah jap...lepak dgn membe....

Gadis Melayu ni umpama versi Miss Universe...tapi dalam konteks dunia Melayu yang penuh dengan budaya dan sopan santunnya....setiap minggu kononnya ada tugasan..belajar silat..memasak..menghormati org tua...perlu ke semua tu ditunjuk?

Untuk tujuan apa...untuk beritahu kepada umum inilah dunia org melayu sebenarnya....yang dah lama hilang...atau inilah ciri2 wanita melayu yang sepatutnya menjadi pilihan lelaki....

persoalannya di sini kenapa semua finalis dan peserta ni kebanyakannya yg cute2 dan lawa2...di mana perempuan yg muka mcm tembok pecah...yg gemuk mcm enot...adakah tak ada langsung perempuan2 sedemikian yg layak utk menjadi gadis melayu....

as my fren said this program is a hypocrite program...is it?

for me...memang ada unsur2 hypocrite sebab kalau tgk semua perempuan prog gadis melayu ni control lawa dan jawapan2 yg dijawab di atas segala persoalan yang diajukan adalah jawapan yg sebenarnya tidak sebenar2nya mencerminkan siapa diri mereka yg sebenar...

mcm kawan aku ckp letak hidden camera masa prog ni..baru dapat tau realiti kehidupan mereka sebenar...maksud kawan aku tu bukan nak tgk gadis2 ni tanpa pakaian....tapi lihat pergaulan mereka dgn kawan2 dan semasa prog dan dari situ kita dapat lihat their true colours....

so nak tak nak kita tak boleh lari yg prog ni sebenarnya tak ada bezanya dgn Miss Universe...cuma ya lah takde pakaian mandi....but at least dlm miss universe they show who they really are...

tentang persembahan finalis masa final...bagi aku so-so aje...sebab nak kata mereka berlakon dgn baik...tak buat dgn sepenuh hati pun....tak menjiwai watak sangat....konsep persembahan aku tgk sama aje...nyanyian...puisi...main alat muzik...berlakon..semuanya ke arah hiburan....

cuba lah mereka bersyarah ke...berpidato ke....atau tunjukkan sket keintelektualan mereka...atau sememangnya penonton memang suka elemen2 hiburan especially org Melayu kita....

well....satu lagi program realiti yang matlamatnya hanya nak cari perempuan cantik..yg boleh diketengahkan dlm entertainment industry....bagi aku gadis melayu hanyalah metafora....kerana gadis melayu sebenarnya adalah gadis yang memelihara maruahnya...dan tidak dipertontonkan wajahnya utk tatapan dan undian orang....kerana gadis melayu yang sebanrnya adalah gadis yang tahu akan peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini....

gandingan adlin dan afdlin mengingatkan aku kepada gandingan p ramlee dan ar tompel....memang serasi dan lawak bila digandingkan.....

No comments:

Post a Comment