
Bila aku dengar lagu Metalian( Kumpulan Rock Kapak 80an-Vocalist namanya Tana) "erti persahabatan" ni rasa best pulak lagu dia. Melodi dan liriknya memang berkesan dalam hati. Tapi pelik lagu ni tak pernah famous pun. Setahu aku penyanyi dari Singapura, Didi Cazli iaitu anak didik M Nasir pernah menyanyikan lagu ni. Alaa..Didi ni iras-iras penyanyi kegilaan org Singapore, Taufik Batishah. Cuba hayati lirik;
Saat gembira tertawa, saat berduka kita sama-sama duduk bermuram durja
Kita saling memerlukan menghormati satu ikatan
Itulah.... ertinya persahabatan...
Adakalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala
Bersamalah teman kita hargai mahkota suci ooo....
Bersamalah teman kita harumi ..istana erti persahabatan...
Berkekalan hendaknya kemesraan di antara kita...
Seandainya tidak lagi bersama...semat kenangan mengusik jiwa...
Korang nak tau tak? Lagu ni dijadikan lagu tema oleh budak2 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh...especially bila time mereka nak berpisah setelah 5 tahun hidup bersama sebumbung dan berkongsi suka duka bersama....memang kena le dengan liriknya...boleh menangis ooo dengar lagu ni....
According to budak STAR asal usul lagu ni dinyanyikan bila mereka sedang tunggu keretapi nak balik kampung kat Stesen Keretapi Ipoh(dulu2 mana ada highway, tak siap lagi) sekitar tahun 80'an...sementara nak tunggu keretapi mereka nyayikan lagu ni...selain daripada lagu ni mereka juga terkenal dgn cheers mereka(mcm budak koleq) dgn lagu2 sepeti rouse up, when the star, dan byk lagi....dengar cerita cheers dah tak popular di sekolah tu kebelakangan ni....
Tapi walaupun STARIANS selalu mendendangkan lagu "erti persahabatan ni"...aku rasa lagu ni bukan hak milik mereka...tetap milik Metalian(nama brutal tapi lagu jiwang karat)...
MICHAELIANS pun boleh nyanyikan lagu ni jugak walaupun kami tak hidup sebumbung tapi berlainan bumbung....cuma kami belajar waktu siang aje satu bumbung..tapi waktu malam kami tak tidur sebumbung....
Lagu yang bagus dan indah melodinya memang akan diingati dalam sanubari....dan akan jadi siulan bagi mengingati kenangan terindah bersama orang-orang yang disayangi.....
p/s -nak dengar lagu ni cari aje dalam youtube ataupun mp3..dan download le.....
hehe lagu ini kutujukan utk rakan2 Michaelian aku, kawan2 seuniversiti, kawan2 yob4ever, kawan2 Aizat FC dan kawan2 yang masih mengingati akan persahabatan kita.....


No comments:
Post a Comment