
Selaras dengan kewujudan SMIOB sejak tahun lepas, memang ada perancangan untuk mengadakan acara sedemikian. Setelah hampir setahun SMIOB begerak secara aktif di luar sekolah akhirnya SMIOB berjaya menjejakkan kaki ke sekolah. Kami gelarkan acara tersebut sebagai satu OLD BOYS WEEKEND.
OBW 2009 amat penting dalam memberi peluang kepada bekas pelajar SMI untuk pulang ke sekolah masing-masing. Percaya atau tidak ada yang dah hampir berbelas malah bepuluh tahun tak datang ke sekolah sebaik sahaja tamat SPM. Kenapa jadi begitu? Aku sendiri juga mengambil masa yang begitu lama untuk pulang ke sekolah. Bayangkan selepas sahaja ambil keputusan SPM pada tahun 1997, aku terus tak datang ke sekolah dan terus berkelana menuntut ilmu di UIA sehinggalah aku grad tahun 2003 kat UIA. Dan selepas grad terus bekerja sehinggalah pada tahun lepas aku menjejakkan semula kaki ke SMI.
Jawapannya adalah: Tiada usaha untuk membawa bekas pelajar pulang ke SMI. Dalam erti kata lain tiada aktiviti yang dapat menyatukan bekas pelajar SMI dan juga apa-apa aktiviti antara pelajar SMI dan bekas pelajar SMI. Bagaimana pula dengan alumni sekolah?
SMI ada alumninya, bukan satu tapi dua. Satu OMA, Old Michaelians Association (OMA)
dan satu lagi SMI ALUMNI KLANG VALLEY. Entah tak tahu kenapa ada dua.
Tapi terus terang aku katakan kedua2 alumni ni tak multi racial dan hanya lebih memihak kepada satu kaum sahaja. Aktiviti2nya lebih memihak kepada orang2 tua. Aktiviti utama dinner sahaja tiap2 tahun dan apa yang mendukacitakan makanan NON HALAL disediakan. Bagaimana orang Muslim nak datang kalau ada penyediaan makanan sedemikian. Lepas dinner minum beer. Tak adakah cara lain untuk mengadakan dinner yang lebih secocok dengan budaya pelbagai kaum di Malaysia?
Itulah sebabnya ramai terutamanya old boys Muslim dari SMI kurang berminat untuk menyertai kedua2 alumni tersebut malah mereka gagal menarik minat golongan lepasan sekolah atau muda untuk menyertai mereka. Oleh yang demikian perlunya ada platform baru dan aku nampak SMIOB adalah jalan yang terbaik atau platform yang sebenar-benarnya mewakili bekas pelajar SMI untuk pelbagai kaum.
Apa tu OLD BOYS WEEKEND? Kalau mereka yang dari sekolah harian memang akan rasa pelik bila mendengar maksud perkataan tu. Tapi sesuatu yang biasa atau common untuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh(SBP). Aku sebagai pengarah program untuk old boys weekend 2009 memang sebenarnya tiru konsep old boys weekend dari STAROBA. Tak salahkan tiru atau ambil sesuatu yang baik untuk dijadikan satu PRECEDENT atau TITIK PERMULAAN bagi sesuatu yang baru. OBW adalah hari di mana pada hujung minggu yang tarikhnya telah ditetapkan dan old boys dari setiap pelusuk negara akan pulang ke sekolah masing-masing dan mengadakan aktiviti di kalangan pelajar dan bekas pelajar di sekolah. Ianya mengembalikan nostalgia kenangan silam ketika berada di sekolah. Dan OBW adalah acara tradisi yang ditunggu-tunggu oleh bekas2 pelajar sepertimana yang berlaku di STAR.
Semuanya bermula apabila aku menulis surat kepada pengetua SMI meminta kebenaran untuk mengadakan acara tersebut. Pengetua memberikan kebenaran. Pengetua SMI, Mr. Phoon pernah berkhidmat di MCKK dan dia memang memahami konsep OBW. Aku kemudiannya berurusan dengan Cikgu Helmi merangkap setiausaha sukan yang juga merupakan bekas pelajar STAR dan juga Cikgu Adi (bekas pelajar MCKK dan juga seorang Michaelian). Kedua-dua cikgu ini pernah merasai OBW dan atas nasihat dan bantuan mereka program SMI OLD BOYS WEEKEND akhirya berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya di SMI.
SMI OBW 2009 berjalan dengan susana yang ringkas dan cukup meriah. Terpancar di wajah setiap old boys yang memang merindui sekolah apabila berpeluang dapat bermain bolasepak dan ragbi sekali lagi di padang yang mana satu ketika dahulu pernah mereka bermain. Antara yang hadir bekas pemain ragbi negara (batch 1983) kapten ragbi SMI (batch 1989) dan juga bekas keeper pasukan program realiti MYTEAM 1.
Aku ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah, AJK SMIOB terutamanya kepada Fazli, Jasuan dan Yusmi yang banyak membantu pada hari tersebut,pelajar-pelajar sekolah yang sanggup turun semata-mata utk berjumpa dan bermain dengan abang-abang mereka dan juga kepada old boys yang hadir.
SMI OBW 2009 tiada peruntukan dari mana2 sponsor, yang ada hanyalah sumbangan ikhlas daripada old boys yang hadir yang menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bersama dengan adik-adik mereka di SMI. Kami datang untuk bersama-mengeluarkan peluh dan kemudiannya makan bersama-sama di kantin. Masa kami dahulu tak ada old boys yang datang sepertimana yang kami buat untuk pelajar-pelajar pada hari yang bersejarah tersebut.
Walaupun kami tak dapat merasa OBW semasa kami menjadi pelajar, kami memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekarang untuk merasainya dan apabila kamu menjadi old boys suatu hari nanti kamu menyertai SMIOB dan melakukan perkara yang sama kepada adik-adik kamu di SMI dan tradisi ini akan berterusan dan berkekalan.
Aku, sebagai wakil dari SMIOB mengucapkan terima kasih sekali lagi dan sekalung tahniah kepada semua yang menjayakan SMI OBW 2009 dan segala kekurangan dan kelemahan harap dimaafkan dan kita perbaiki dan memantapkan lagi acara ini pada tahun hadapan.
Kamu semua telah mencipta sejarah sebagai generasi pertama yang memulakan atau menjayakan SMI OLD BOYS WEEKEND dan akan menjadi bualan atau sejarah bagi generasi seterusnya yang akan menjadikan OBW sebagai satu acara tradisi.
KITA JUMPA LAGI DI SMI OBW TAHUN 2010






















