Thursday, October 23, 2008

Intro....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya aku dah lama berblog ni. Sejak bulan 3. Tapi aku bukan berblog atas kapasiti sebagai diri aku sendiri. Aku sibuk menguruskan blog old boys aku, SMI Old Boys. Blog untuk old boys sekolah St. Michael Institution Ipoh. Bukan senang nak menguruskan blog tersebut. Aku tak boleh posting benda yg personal. More to cerita2 pasal old boys dan aktiviti2.

Sedang2 sibuk menguruskan blog oldboys tiba2 terlintas di fikiran aku nak buat blog sendiri. Blog aku sendiri aku boleh bergerak bebas seperti burung merpati terbang tinggi di awan. Dan boleh aku letak benda mengenai diri aku, aktiviti aku dan apa-apa aje.

Apa AloBoy tu? Kalau diterbalikkan menjadi yoBolA. Dunia "online" terutamanya komuniti e fan penyokong2 bolasepak pasukan negeri2 tanahair sangat familliar dengan nick aku. Sejarah nama AloBoy tu sebenarnya diberikan oleh kawan baik aku. Budak Taiping. Kami sama2 menuntut di satu universiti dan sama-sama pergi kelas. Dia membonceng motorsikal aku dan sesekali mulut dia terkeluar perkataan " Alooooo..Boy....come on fast...we are in hurry ...." dia buat aku mcm driver dia pulak. Dan aku pun melawak dgn dia...aku pun cakap "Alooo...Bosss...shut up.

So daripada saat itu lah aku panggil dia bos dan dia panggil aku boy. Dan Aloo..Boyy..tu slang org Inggeris....mula2 rimas guna nama tu...tapi entah ...lama2 rasa menarik pulak....so dari situlah bermula nya penggunaan AloBoy.....

1 comment: