Sunday, August 9, 2009

SMI OLD BOYS WEEKEND 2009-IMPIAN JADI KENYATAAN


Pada 1-8-2009, sejarah telah tercipta. Buat julung kalinya satu acara yang tak pernah dibuat di sekolah aku, St. Michael's Institution Ipoh telah diadakan. Satu perlawanan ragbi dan bolasepak di antara pasukan SMI dan SMI OLD BOYS. Adik lawan Abang. Junior lawan Senior.

Selaras dengan kewujudan SMIOB sejak tahun lepas, memang ada perancangan untuk mengadakan acara sedemikian. Setelah hampir setahun SMIOB begerak secara aktif di luar sekolah akhirnya SMIOB berjaya menjejakkan kaki ke sekolah. Kami gelarkan acara tersebut sebagai satu OLD BOYS WEEKEND.

OBW 2009 amat penting dalam memberi peluang kepada bekas pelajar SMI untuk pulang ke sekolah masing-masing. Percaya atau tidak ada yang dah hampir berbelas malah bepuluh tahun tak datang ke sekolah sebaik sahaja tamat SPM. Kenapa jadi begitu? Aku sendiri juga mengambil masa yang begitu lama untuk pulang ke sekolah. Bayangkan selepas sahaja ambil keputusan SPM pada tahun 1997, aku terus tak datang ke sekolah dan terus berkelana menuntut ilmu di UIA sehinggalah aku grad tahun 2003 kat UIA. Dan selepas grad terus bekerja sehinggalah pada tahun lepas aku menjejakkan semula kaki ke SMI.

Jawapannya adalah: Tiada usaha untuk membawa bekas pelajar pulang ke SMI. Dalam erti kata lain tiada aktiviti yang dapat menyatukan bekas pelajar SMI dan juga apa-apa aktiviti antara pelajar SMI dan bekas pelajar SMI. Bagaimana pula dengan alumni sekolah?
SMI ada alumninya, bukan satu tapi dua. Satu OMA, Old Michaelians Association (OMA)
dan satu lagi SMI ALUMNI KLANG VALLEY. Entah tak tahu kenapa ada dua.

Tapi terus terang aku katakan kedua2 alumni ni tak multi racial dan hanya lebih memihak kepada satu kaum sahaja. Aktiviti2nya lebih memihak kepada orang2 tua. Aktiviti utama dinner sahaja tiap2 tahun dan apa yang mendukacitakan makanan NON HALAL disediakan. Bagaimana orang Muslim nak datang kalau ada penyediaan makanan sedemikian. Lepas dinner minum beer. Tak adakah cara lain untuk mengadakan dinner yang lebih secocok dengan budaya pelbagai kaum di Malaysia?

Itulah sebabnya ramai terutamanya old boys Muslim dari SMI kurang berminat untuk menyertai kedua2 alumni tersebut malah mereka gagal menarik minat golongan lepasan sekolah atau muda untuk menyertai mereka. Oleh yang demikian perlunya ada platform baru dan aku nampak SMIOB adalah jalan yang terbaik atau platform yang sebenar-benarnya mewakili bekas pelajar SMI untuk pelbagai kaum.

Apa tu OLD BOYS WEEKEND? Kalau mereka yang dari sekolah harian memang akan rasa pelik bila mendengar maksud perkataan tu. Tapi sesuatu yang biasa atau common untuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh(SBP). Aku sebagai pengarah program untuk old boys weekend 2009 memang sebenarnya tiru konsep old boys weekend dari STAROBA. Tak salahkan tiru atau ambil sesuatu yang baik untuk dijadikan satu PRECEDENT atau TITIK PERMULAAN bagi sesuatu yang baru. OBW adalah hari di mana pada hujung minggu yang tarikhnya telah ditetapkan dan old boys dari setiap pelusuk negara akan pulang ke sekolah masing-masing dan mengadakan aktiviti di kalangan pelajar dan bekas pelajar di sekolah. Ianya mengembalikan nostalgia kenangan silam ketika berada di sekolah. Dan OBW adalah acara tradisi yang ditunggu-tunggu oleh bekas2 pelajar sepertimana yang berlaku di STAR.

Semuanya bermula apabila aku menulis surat kepada pengetua SMI meminta kebenaran untuk mengadakan acara tersebut. Pengetua memberikan kebenaran. Pengetua SMI, Mr. Phoon pernah berkhidmat di MCKK dan dia memang memahami konsep OBW. Aku kemudiannya berurusan dengan Cikgu Helmi merangkap setiausaha sukan yang juga merupakan bekas pelajar STAR dan juga Cikgu Adi (bekas pelajar MCKK dan juga seorang Michaelian). Kedua-dua cikgu ini pernah merasai OBW dan atas nasihat dan bantuan mereka program SMI OLD BOYS WEEKEND akhirya berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya di SMI.

SMI OBW 2009 berjalan dengan susana yang ringkas dan cukup meriah. Terpancar di wajah setiap old boys yang memang merindui sekolah apabila berpeluang dapat bermain bolasepak dan ragbi sekali lagi di padang yang mana satu ketika dahulu pernah mereka bermain. Antara yang hadir bekas pemain ragbi negara (batch 1983) kapten ragbi SMI (batch 1989) dan juga bekas keeper pasukan program realiti MYTEAM 1.

Aku ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah, AJK SMIOB terutamanya kepada Fazli, Jasuan dan Yusmi yang banyak membantu pada hari tersebut,pelajar-pelajar sekolah yang sanggup turun semata-mata utk berjumpa dan bermain dengan abang-abang mereka dan juga kepada old boys yang hadir.

SMI OBW 2009 tiada peruntukan dari mana2 sponsor, yang ada hanyalah sumbangan ikhlas daripada old boys yang hadir yang menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bersama dengan adik-adik mereka di SMI. Kami datang untuk bersama-mengeluarkan peluh dan kemudiannya makan bersama-sama di kantin. Masa kami dahulu tak ada old boys yang datang sepertimana yang kami buat untuk pelajar-pelajar pada hari yang bersejarah tersebut.

Walaupun kami tak dapat merasa OBW semasa kami menjadi pelajar, kami memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekarang untuk merasainya dan apabila kamu menjadi old boys suatu hari nanti kamu menyertai SMIOB dan melakukan perkara yang sama kepada adik-adik kamu di SMI dan tradisi ini akan berterusan dan berkekalan.

Aku, sebagai wakil dari SMIOB mengucapkan terima kasih sekali lagi dan sekalung tahniah kepada semua yang menjayakan SMI OBW 2009 dan segala kekurangan dan kelemahan harap dimaafkan dan kita perbaiki dan memantapkan lagi acara ini pada tahun hadapan.


Kamu semua telah mencipta sejarah sebagai generasi pertama yang memulakan atau menjayakan SMI OLD BOYS WEEKEND dan akan menjadi bualan atau sejarah bagi generasi seterusnya yang akan menjadikan OBW sebagai satu acara tradisi.

KITA JUMPA LAGI DI SMI OBW TAHUN 2010

Saturday, July 18, 2009

LAMA MENGHILANG???

hahaha..seriously aku tak tau nak menulis apa tentang blog personal ni...
aku rasa mungkin aku akan abaikan blog ni...kalau ada benda yg penting baru le aku tulis...
sementara tu aku akan terus aktifkan blog yang satu lagi tu....

blog yang satu lagi tu every week and every month ada je benda yang nak cerita....maklumle blog old boys...

anyway...13 julai hari tu dah cukup umur aku 30..rasa semalam aje umur baru 20....so ada tempoh 10 tahun lagi sebelum aku mencapai umur 40 tahun...perrghhh rasa macam dah tua...
oleh itu nikmatilah setiap hari di dunia ni dengan benda berfaedah dan capailah kejayaan dalam setiap hari dan tahun2 yang akan kita tempuhi....

Thursday, April 30, 2009

cerita masa sekolah--cerita hantu..ada ke? hehehe

mana2 sekolah lama ada cerita hantu
entah le aku tak pernah jumpa pun
cuma nak cerita pengalaman bermalam di sekolah..
masa form 3 aku join kuartermaster..yg in caj bab2 management sukan...dan peralatan sukan
esoknya hari sukan....

so kuartermaster kena le bermalam dekat sekolah....
ikut le senior2 kuartermaster ni...sampai sekolah petang...
dah siap buat2 kerja lepas maghrib tu g le jalan2 yik foong..super kinta..g makan....
lepas tu dah nak dkt tgh mlm....siap2 le nak tido..tido lak dlm kelas tu..kat kelas form 6 dekat dgn library..pastu entah ada sorang brader ni ajak jalan2 sekolah tgh mlm...pusing le sekolah tgh2 mlm...masa tu budak2 asrama rasanya udah tido....so senior tu selamba aje ajak main bola....

main aje le....
tapi bila tgh2 main tu terpikir pulak...katakan le dlm tgh2 main bola tiba2 ternampak sorang lagi kelibat player...aitt camna leh ada 12 org padahal ada 10 org aje...haaa...kalau jadi camtu camna....tapi nasib baik le tak jadi mcm tu...
lepas tu ade senior sorang ni cadangkan apa kata main polis sentri.....penjahat kena kejar polis..kena cari....yg penjahat g lari kat mana2 tempat di sekolah...setiap sorang kena cari....
mula2 junior2 ni berlagak kata ok aje....pastu ada member aku sorang kata ...kalau org yg aku jumpa tu bukan hang mcm mana...semua senyap....bulu roma dah naik...sembang kat padang tgh mlm ni...

pastu terus kansel....semua balik nak tido...penat main bola tgh mlm....
tido kat kelas....tingkat atas lak....tingkap tak tutup....senyap aje lak tu...org lain dah berdengkur....tiba2 aku nampak mcm benda merah kat luar tingkap....entah le mata merah ke atau cahaya merah..cahaya lampu aje ke...aku pun pusing ke arah lain....sepanjang mlm tak leh tido sampai le esok pagi...sukan sekolah.....

cerita hantu lain....emmmm nanti aku cuba ingat balik cerita2 kat SMI tu...

Wednesday, April 29, 2009

kenapa perlu ada old boys???

nanti le aku tulis...sementara tu hayati cerita masa sekolah kat bawah ni....
yg mana aku masih ingat laaa....

cerita masa sekolah

masa form 1...
sekolah petang...pergi kelas agama...
tetiba ada sorang budak cina dtg kelas agama..dulu kelas agama dekat area bookshop tu...
dalam kelas agama ada surau(tempat ponteng kelas, tidur dan melepak serta bersolat)

dia panggil sorang kawan aku...masa tu aku kelas 1A8..
bila budak tu pergi je bau busuk hilang..hehehe...masa mula2 nak start subjek agama tu semua terasa bau busuk...masing2 tertanya siapa le pijak taik termasuk le aku diorang tuduh aku pijak taik..sekali aku tunjuk tapak kasut aku...takde pun taik...

lepas abis aje kelas agama...kecoh giler jadinya...
budak melayu yg dipanggil oleh budak cina tadi rupa2nya berak dlm seluar kuikuikui....
bau busuk yg hilang kat kelas agama tadi datang balik...
lepas kelas agama tu kalau tak silap kelas english ..terpaksa le belajo english dlm keadaan yg kurang selesa..busssyyyukkknyaaa...
budak melayu tu setelah diejek dan diprovoke...dia menangis..aku kesian kat kawan sebelah dia..terpaksa tukar tempat duduk....

kalau bau taik yg tersimpan dalam seluar memang le teramat dasyaattttt baunya.....
bercampur dgn peluh dan sbgnya ...uweeeekkkkk
aku faham kenapa budak tu berak dlm seluar....ni sebab tandas sekolah le punya pasal....teruk gila maintenance tandas tu...sampai aku pun tak sanggup nak melepas kat situ....
tu sebab membe aku tu tahan...sampai dah tak tertahan terkeluar isi perut huhuhu....

last period PJ...so budak melayu tu pun ambik keputusan balik rumah...sebab malu yg teramat sgt....esoknya dia tak dtg kelas...

lusanya dia dtg sekolah.... satu kelas ejek dia.....BERAK..BERAK....hehehe....

pesanan khidmat masyarakat: berak lah kalau dah tak tahan jangan tahan ..lepaskan...dan lepas tu cucikan....kuikuikui

mana dia skrg ye? lepas form 3 dia ikut famili pindah KL......nak jadi orang KEY EL.....

Sunday, April 26, 2009

lamanya tak update....

mcm biasa blog sendiri memang tak tau apa nak update...
tapi hari ni rasa lak nak update...
mungkin sebab minggu depan dah nak balik Ipoh
pastu lak ada futsal sabtu tu...
aku memang tak main...
dah berapa bulan tak main...
dtg support aje...
yg main junior btch 2008

ni aku nak cerita masa g jalan pj cari barang jap tadi
tiba2 nak singgah pulak PADANG UTARA kat PJ...
PADANG UTARA ni padang awam kat PJ..
padang ni selalu dijadikan tempat org main ragbi...
ada jugak padang BOLA...
sebelahnya pulak ada tempat main PAINTBALL..
ala yg main tembak2 tu...

masa kat pdg ragbi tu aku tak tertarik dgn brader2 main ragbi kat situ...
tapi aku tertarik dgn budak2 kecik main ragbi...
dari usia 7-thn sampai le 18 thn...
mereka ni dari BINTANG RUGBY CLUB
club ni yg mainnya pelbagai kaum
ada melayu ada cina ada india..
tapi majoriti ramai anak MAT SALLEH...
anak EXPATRIATE(ORG ASING YG BEKERJA DI MALAYSIA, bukan pendatang tanpa izin..)
coach dia pun org putih...
masa sampai2 aku duduk dekat kerusi kat taman...yg ada meja..ala mcm kat tmn DR kat IPOH tu...
tgh duduk2 ade sorang mat saleh tegur aku...
dia tanya "EXCUSE ME, IS THIS PLACE TAKEN?"
aku reply..."NO...HAVE A SEAT MY FREN"
dia reply " THANK YOU"...
aku tgk dia pun baca buku..memang perangai mat saleh kat mana2 pun sempat baca buku...org malaysia? satu buku pun susah nak habih....penuh adab dan polite org putih tu tanya tempat duduk....
kat pdg utara tu jugak aku perasan ada geng2 org jepun ..dah berusia dalam 30an...pun training ragbi....

berbalik kepada budak2 kelab ragbi tu...
aku suka tgk coach2 mat salleh ajar budak2 kecik seawal usia 7 thn main ragbi....
marvellous dan mantap....cara ajar main ragbi tu penuh skill dan have fun....
dan yg menariknya ibu bapa budak2 tu support budak2 tu dan sanggup temankan anak2 mereka....umpama mereka buat famili day kat situ....bawak air untuk anak2 mereka....
jauh beza kalau tgk situasi org kat malaysia ni....nak tgk anak g training sukan ..huh jauh sekali..itupun kalau ada mak bapak yg supportive mrk akan dtg kalau tak jgn harap....

dan bila tgk budak2 ragbi BINTANG RUGBY CLUB ni yg dilatih sejak kecik lagi ..tertanya2 gak..kenapa kat SMI masa sekolah rendah tak diajar ragbi? bukan kat SMI aje....banyak sekolah rendah di Malaysia ni tak ada team ragbi....
firasat aku dan aku rasa semua org tau.....persepsi org Malaysia bahawa ragbi ni sukan ganas....
ye la org malaysia ni suka manjakan budak2...injured sikit dah gelabah....padahal ada caranya nak main ragbi utk budak2 kecik....mcm touch rugby dan satu lagi flippa(kalau tak silap)...
ni bebudak ragbi kat malaysia diajar masa form 1..dan yg lebih teruknya ada jugak seklh menengah langsung tak ada sukan ragbi....

mmmm....nampaknya isu ni boleh dibuat liputan ni....hehehe.....
tunggu ajela ye liputannya nanti...
bila tgk bintang rugby club tu tetiba timbul satu idea hehehe....
tunggu satu hari nanti ::)

p.s: kawan2 ku...apa kata kita lepak2 kat PADANG UTARA bila2 sambil beriadah....main bola ke..main ragbi ke....janji kuar peluh.....

Monday, March 16, 2009

::Melawat Sekolah::

Sebelum aku berangkat meninggalkan E-POH
dan menuju ke Key El...
aku sempat singgah sekolah..
ada dua sekolah aku pergi...
yg pertama tentunya sekolah aku...SMI
yang keduanya sekolah STAR
aku dan junior
21-2-2009
SMI ada buat merentas desa...
demi tugas untuk buat liputan dalam SMIOB blog...
sampai sekolah budak2 tgh buat warming up...
termasukle awek2 form 6..
nampak meriah dgn pelajar dari pelbagai kaum...
so kerja aku di sana menembak atau shoot gambar2 event tu..
mula2 nak ambik gambar kat padang aje...
pastu entah tetiba nak sekali berjalan dgn budak2 tu...
dapat le mengimbau semula kenangan merentas desa...
tak berubah laluannya..sama mcm zaman2 dulu...
keluar dari sekolah kemudian ikut jalan nak ke telekom..
turun kat bawah jambatan dan lari sepanjang tebing sg kinta
kemudian pusing kat gunung cheroh..dan terus keluar ke sek poi lam...
pastu terserempak le dgn sorang budak ni..dia tak larat nak lari...
sakit perut atau kaki entah apanya...tapi aku suruh lari slow2 gak...
tak larat..stop...nak tau mcm mana rupa budak tu..tu haa..yg bergambar dgn aku kat atas tu...

budak2 rumah White sedang berkawad
28-2-2009
aku pergi sekolah STAR sebab diorang ada buat hari SUKAN
kejohanan olahraga...yang ke berapa entah...lupa
aku sampai pun dalam pukul 11..
compare hari sukan STAR dgn sekolah aku..
hehehe sudah tentu ada bezanya...
pertama: kat STAR satu kaum aje...tak multi racial..hehe dah nama pun SBP...
kedua: bilangan pelajar tak ramai...ada le dlm 500 org...tak mcm sklh aku dua ribu lebih...
ketiga: sekolah aku tak ada buat khemah atau replika binaan rumah..sekolah diorang ada...
keempat: ada 6 rumah...white, blue, black, yellow, red, green..sekolah aku ada 4..Augustus(merah) La Salle(biru), Patrick(hijau) dan U Paul(kuning)
kelima: ada event untuk anak2 dan mak bapak..sekolah aku tak buat..skrg tak tau le ..nanti aku check..
keenam: ada tarik tali antara house...white lwn black...yg menang white...sekolah aku tak ada..skrg tak taule ade ke tak ade...
ketujuh: persamaan...acara kawad..sekolah aku pun ada....tapi based on kelas bukan rumah....

overall....masing2 hari sukan ada kelebihannya...dan kekurangannya
dapat le aku jumpa cikgu zabidi dan cikgu shahnun @ imanshah....dan sambil2 tu dapat makan free kat dewan STAR hehehe...
cikgu sidik tgh bagi briefing
6-3-2009
aku g SMI...hari terakhir aku di ipoh..
sebelum keesokannya aku berambus ke KL...
nak tolong cikgu sidik, update dan tambah element blog dia...
dia nak buat blog utk kemudahan pelajar2 dia untuk download apa2 nota BM...
cikgu sidik ni dah hampir 14 tahun di SMI..dan masa aku form 5, tahun 1996 dia ajar kelas aku BM....cehh untung budak2 skrg..siap ada nota tambahan di rumah dgn menggunakan internet...
kebetulan pulak cikgu sidik nak bagi briefing kepada pelajar2 kelas 3A2 dan 3A7 tentang cara2 mengaccess ke dlm blog beliau...
so sempat le jugak tolong dia bagi briefing and presentation kat dlm dewan...
dan sempat le memperkenalkan siapa aku dan apa kerja aku sekarang...
yg paling best cikgu sidik mempromote SMI OLD BOYS...
harap2 student2 SMI dapat menggunakan kemudahan blog cikgu sidik dalam menimba ilmu...terutamanya dalam menguasai mata pelajaran bahasa Melayu dan seterusnya mencapai kecemerlangan untuk PMR....

2 event yg aku menghadirkan diri di sekolah aku. ..dan satu di sekolah orang lain...

dan insyAllah jika ada masa terluang aku akan kembali lagi...